Sunday, December 30, 2018

Tempat Menarik Yang Wajib Anda Kunjungi Jika Ke Kuantan !


Gambang Waterpark, merupakan Taman Tema Air Yang menyeronokan
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  1. Coco Beach
  2. Wave Pool
  3. Lagoon
Gambang Water Park

Gambang Water Park

2.Safari Park

Merupakan Taman haiwan yang mempunyai keluasan 138 ektar 7 yang paling menarik  anda boleh :

  1. Melihat Singa Putih (White Lion). Hanya disini anda dapat lihat
  2. Boleh menaiki "tram" untuk melihat pelbagai habitat haiwan dengan lebih dekat
  3. Terdapat 2 jenis safari iaitu siang & malam




Aktiviti lasak yang terdapat di Water park


3.Pantai Teluk Cempedak

- Merupakan destinasi yang wajib untuk ANDA singgah tidak kira sama ada waktu siang ataupun malam. Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada waktu malam disini.. Malahan fastfood seperti KFC & Mcdonald jg ada disediakan.









4. Pantai Cherating

-Merupakan pantai kedua tercantik di Pahang selepas pantai juara iaitu di pulau tioman.
Ianya juga merupakan salah satu destinasi bagi pelancong asing untuk datang ke sini.

-Terletak agak jauh sedikit dari bandar kuantan, untuk ke sana memakan masa 30-40 minit memandu. Jika dari bandar Chukai Kemaman, Terengganu makan masa 10 minit sahaja untuk sampai.

-Sekiranya anda smpai di Chertaing terdapat Clubmed & Santuari Penyu, kuada duanya berdekatan sahaja. Di Santuari Penyu anda jangan lepaskan peluang untuk melihat penyu menetas  serta mengenal habitat haiwan tersebut denga lebih dekat.

-Aktivit yang boleh dijalankan jika anda berkunjung disini          









5.Pantai Baserah & Pantai Balok

Tidak kurang hebatnya juga kedua-dua pantai ini, pantai yang bersih sesuai untuk mandi-manda serta melakukan aktiviti riadah. Memakan masa hanya 20-25 minit dari bandar kuantan. Di sekitar kawasan pantai ini banyak gerai makan yang menawarkan makanan seafood, ikan bakar, masakan thai. Mee calong baserah & kerepok lekor  merupakan menu pilihan wajib untuk anda cuba










6.Air Terjun Sg.Pandan

- Merupakan salah satu air terjun yang paling populor di Kuantan. Sesuai untuk seasi kelaurga yang ingin melakukan aktiviti berkelah dan riadah. Air terjun yang bersih dan nyaman.


 Waktu Operasi

  1. Isnin - Jumaat ( Dibuka 9.00 pagi - 5.00 petang )
  2. Rabu tutup ( Untuk kerja-kerja selenggaraan)
  3. Sabtu /Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum (Dibuka 9.00 pagi - 6.00 Petang)
Antara kemudahan yang disediakan ialah

  • Tempat letak kenderaan
  • Surau
  • Gerai makan yang perlbagai
  • Pondok berehat
  • Tapak perkhemahan
  • Kolam mandi khas untuk kanak-kanak



7. Mini Zoo Di Taman Teruntum

- Kalau dah sampai ke Kuantan destinasi wajib adalah di mini zoo. Terdapat pelbagai spesis haiwan untuk diterokai secara lebih dekat. Masuk adalah percuma. Jangan lupa untuk merasa udang celup tepung yang sedap ketika berkunjung di sini.

- Tarikan utama mini zoo adalah terdapatnya haiwan-haiwan seperti ular sawa, burung unta, buaya,  kura-kura gergasi, pelanduk, rusa dan pelbagai spesis ular.

- Selain itu, anda berpeluang untuk memberi makan kepada haiwan - haiwan di sini.



Jika anda ingin booking homestay kami bolehlah melalui link ini:https://www.airbnb.com/rooms/30213026?s=51

No comments:

Post a Comment

Hotel Kuantan

Total Pageviews

Followers